Para pendidik perlu mantap dan kompiten dalam segala bidang
supaya dapat bersaing di arena antarabangsa bagi mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif sejajar dengan abad ke-21. Para pendidik juga perlu
menguasai pelbagai bidang secara amnya
dan pedagogi secara khususnya bagi melahirkan pelajar yang berpotensi serta
modal insan yang cemerlang pada masa akan datang.
Para pelajar pula perlu berani dalam menghadapi
saingan-saingan global bagi menjalani kehidupan yang lebih mencabar pada masa
akan datang. Bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar akan dicungkil
menerusi program-program yang dirancang melalui pelan strategik ini untuk
menyahut keperluan kerja masa hadapan. Pelbagai strategik dirancang untuk
menggembleng tenaga warga sekolah bagi meningkatkan taraf sekolah dalam bidang
akademik, koakademik, sahsiah dan juga pra sarana sekolah.
Saya percaya hasil usaha serta permuafakatan antara guru,
PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah,ibubapa, pelajar dan juga komuniti setempat
sejajar dengan anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia SJK T Ladang
Jabi mampu menjadi ikon dan melonjakkan kejayaan di arena antarabangsa. Saya
juga bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa serta mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan berbanyak terima kasih kepada para penolong kanan dan guru-guru yang
sama-sama berkolabarasi dalam menyediakan pelan strategik ini.
Sekian. Terima kasih
SELAMAT MAJU JAYA
NAGENDRAN A/L SUBRAMANIAM
Guru Besar
SJK ( T ) Ladang Jabi
Pokok Sena, Kedah Darul Aman
NAGENDRAN A/L SUBRAMANIAM
Guru Besar
SJK ( T ) Ladang Jabi
Pokok Sena, Kedah Darul Aman
No comments:
Post a Comment