Saturday, 4 March 2017

EAGLE VIEW - UPSR 2017

Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapat menghasilkan buku perancangan UPSR yang berjudul ‘EAGLE VIEW’. Penurunan pencapaian UPSR tahun 2016 memberi banyak kesan terhadap pengurusan dan perancangan tahun 2017. Pelbagai strategik telah dirancang dan dilaksanakan tahun lepas tidak membawa kejayaan yang diharapkan. Walaupun pencapaian 5 matapelajaran UPSR mencapai 100.00% tidak memberi makna secara keseluruhan kerana  Bahasa Inggeris Pemahaman 25.00% serta Bahasa Inggeris Penulisan 75.00% . Oleh yang demikian, satu formula baru harus dibuat bagi melonjakkan kecemerlangan UPSR pada tahun 2017. Strategik Helang diharapkan dapat menjamin pencapaian UPSR tahun 2017. Selain kuat dan tinggi, helang  juga memiliki penglihatan yang sangat tajam sehingga mangsa yang jauh berpuluh kilometer pun dapat dikesan. Sebab itulah burung helang dijadikan sebagai simbolik oleh beberapa negara di dunia. Burung helang memiliki keberanian untuk menderita dan menahan rasa sakit selama satu tahun untuk  memiliki paruh yang baru, sayap yang kuat dan kuku yang tajam dan bersedia untuk terbang mencari mangsa baru dan meneruskan kehidupan sampai 70 tahun. Burung helang memiliki prinsip “Pay Now, Play Later”. 
            Oleh yang demikian, warga pendidik harus bertindak seperti sang helang dengan berkorban masa dan tenaga untuk  menjana kecemerlangan dalam UPSR tahun 2017. Pendekatan yang baru telah dirancang bagi menanggani isu-isu pengajaran dan pembelajaran yang menggugat pencapaian tahun lepas. Guru-guru juga harus menggembeleng tenaga dan berkolaboratif dalam usaha melepasi sasaran tahun 2017. Cabaran-cabaran semasa harus dipikul seperti helang bagi meneruskan agenda organisasi. EAGLE VIEW juga mempunyai penglihatan yang tajam terhadap data dan rekod pencapaian pelajar yang lampau dan semasa bagi mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar. Analisis klinikal juga akan menjadi teras untuk menanggani daerah kelemahan pelajar dalam matapelajaran UPSR tahun 2017. Gandingan mantap dengan Persatuan Kaum India Kedah juga diharap  dapat memberi impak yang tinggi terhadap pencapaian UPSR tahun ini. Saya percaya EAGLE VIEW mampu untuk merealisasikan ETR UPSR tahun 2017.
Sekian, terima kasih.

NAGENDRAN A/L SUBRAMANIAM       
GURU BESAR


No comments:

Post a Comment