Gambar hiasan dari Timeonline (Faith Central)
Ada sebuah syarikat perniagaan yang ingin membuka sayap baru perniagaannya. Membuka cawangan baru bermakna ia memerlukan pengurus baru. Syarikat itu mengiklankan jawatan "pengurus jualan" di dalam suratkhabar. Dalam masa beberapa hari sahaja, beratus permohonan diterima. Syarikat itu menghadapi kesukaran untuk memilih yang betul-betul berkelayakan. Para penemuduga yang ditugaskan untuk membuat pemilihan telah memberikan satu kerja yang agak mencabar kepada para pemohon. Kerjanya ialah 'menjual sikat kepada sami buddha'. Melihat kepada tugas yang seolah-olah sukar untuk diselesaikan, hanya tiga orang pemohon sahaja yang sanggup. Pemohon-pemohon lain yang ramai tadi telah menarik diri.
"Tugas kamu sekarang ialah menjual sikat-sikat ini kepada sami buddha. Kamu hanya ada masa selama 10 hari untuk melaksanakan tugas tersebut. Selepas 10 hari, datang semula ke sini untuk menunjukkan hasil kerja kamu" kata ketua penemuduga kepada Encik A, Encik B dan Encik C.
Selepas 10 hari, ketiga-tiga pemohon tersebut datang membuat laporan.
"Encik A, berapa sikat yang kamu jual?"
"Cuma satu, tuan"
"Bagaimana kamu melakukannya?"
"Sebenarnya saya dimarahi oleh kebanyakan sami buddha apabila saya tunjukkan sikat-sikat itu. Tetapi dalam perjalanan keluar dari tempat pertapaan mereka, saya terjumpa dengan seorang sami buddha yang masih muda. Dia membeli sikat itu untuk menggaru kepalanya yang gatal"
"Encik B, berapa sikat yang kamu jual?"
"10 unit, tuan"
"Bagaimana kamu melakukannya?"
"Saya pergi ke kuil. Di sana saya lihat ramai penganut yang berkunjung ke kuil tersebut dengan rambut yang kusut disebabkan tiupan angin kencang. Saya menasihatkan sami buddha di situ supaya membeli sikat untuk diberi kepada penganut agar mereka boleh menyikat rambut sebelum mereka masuk ke kuil untuk bertemu dengan patung buddha. Sami buddha itu mendengar nasihat saya lalu dia membeli sebanyak 10 unit sikat"
"Encik C, berapa sikat yang kamu jual?"
"1000 unit, tuan"
Para penemuduga di situ terkejut.
"Bagaimana kamu melakukannya?"
"Saya pergi ke sebuah kuil yang terkenal. Saya mendapati ramai pelawat mengujungi kuil tersebut. Kemudian saya berjumpa dengan ketua sami di situ dan mengesyorkan satu perkara kepadanya. 'Sifu, pelawat yang datang ke kuil ini adalah orang-orang yang baik dan taat. Andainya sifu memberi mereka sesuatu sebagai hadiah, tentu mereka senang hati dan lebih selalu berkunjung ke sini'. Saya mencadangkan sami tersebut memberi hadiah sikat yang ditulis dengan nama beliau di atasnya kepada para pelawat yang datang ke kuil itu. Sami buddha tersebut sangat gembira dan dia terus membeli sikat sebanyak 1000 unit"
Tentu kita dapat mengagak siapa yang terpilih untuk menjadi pengurus jualan bagi cawangan syarikat yang baru itu.
Havard University telah melakukan satu kajian di mana hasil kajian tersebut mendapati:-
1. 85% kejayaan adalah datang dari SIKAP sementara 15% lagi datang dari kebolehan (capability)
2. SIKAP adalah lebih penting daripada intelligence, kemahiran dan nasib.
Dengan lain perkataan, pengetahuan professional cuma menyumbangkan 15% kepada kejayaan seseorang sementara 85% lagi bergantung sikapnya. Berjaya atau gagal bergantung kepada sikap dan cara bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara dan masalah.
No comments:
Post a Comment